Di Kedah yang luas ni, hanya terdapat 2 hospital yang ada perkhidmatan terapi pertuturan.
1) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (3 pegawai)
2) Hospital Sultan Abdul Halim (2 pegawai)
Pesakit yang ada masalah pertuturan di negeri kedah terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan tarikh temujanji.
Maka saya mengambil inisiatif untuk memberi pilihan kepada pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan terapi pertuturan tanpa perlu menunggu lama.
Saya mula menubuhkan Ruby Speech Therapy di rumah saya sendiri sejak Oktober 2012. Waktu perkhidmatan ialah pada hari Jumaat atau mengikut masa yang bersesuaian atas perbincangan bersama.
Tahukah anda, umur kritikal perkembangan bahasa ialah dari lahir hingga 5 tahun? Demi target umur inilah, maka setiap ibu bapa tidak patut melengah-lengahkan terapi pertuturan. Jika tarikh temujanji di hospital terlalu lama, maka carilah alternatif lain untuk memastikan anak anda segera mendapat perkhidmatan terbaik.
Terdapat juga para ibu yang tidak boleh memandu kenderaan dan suami bekerja. Maka saya juga boleh pergi ke rumah-rumah pesakit dan menjalankan terapi di rumah pesakit.
Bagi pesakit masalah pertuturan di sekitar Sungai Petani, Kuala Ketil, Bedong, Sungai Lalang, Sik, Bertam, Kepala Batas, kini anda mempunyai pilihan selain menunggu.
Pilihan di tangan anda.
Kemahiran komunikasi adalah salah satu petanda aras kualiti hidup kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Puan, boleh berikan butiran lanjut berapa caj dikenakan pd setiap sesi dan berapa lama setiap sesi dijalankan. Terima Kasih
ReplyDelete