Sunday, November 15, 2009
Kucing indoor @ outdoor?
Mana2 pergi pun, mesti berempat ekor sekali. Kalau bagi makan, mesti mak ayah tengok je anak makan dulu. Bila anak dah kenyang, baru la mak makan, last sekali ayah makan. Terharu sgt tengok cara mak ayah kucing ni jaga anak.
Walaupun mmg jelas dan nyata yg 2 ekor kucing oren kembar ni bukanlah anak biologi kpd si ayah td (kelabu), tapi ayah tadi tu mmg menjaga anak dia sepenuh hati.
Mak kucing ni pandai buka pintu cermin. Kalau pintu tak kunci, mmg dia boleh kuis2 je dgn tangan dia, dah terbukak. Kucing2 ni jugak pandai berak dlm toilet.
Disebabkan tgh pregnant, jd mmg my hubby yg handle bab najis2 kucing nih.
Tapi, disebabkan kucing ni pandai bukak pintu, dia bebas utk keluar masuk rumah. Kalau dah keluar rumah, tek reti nak balik semula. Dah 3,4 hari baru la balik.
Hubby ada belikan loceng utk anak kucing 2 ekor tu. Jadi rasa2nya takde la sapa2 yg berani nak kidnap dorg. Tiap kali dorg menghilangkan diri, mmg rasa sedih dan kecewa.......rasa sepi je kat rumah tu.
Tapi, walau berapa hari pun dorg hilang, mesti akan balik semula. Mlm tadi dorg sekeluarga ada dtg lagi. Kali ni my hubby dah merajuk dgn kucing2 tu semua, sebab asik lari aje. Jadi hubby tak bagi dorg masuk rumah dah. Letak je makanan dorg kat luar, depan pintu.
Bila dah merayap jauh2 3,4 hari mmg bau pun bkn main kuat lagi. Kalau bg masuk rumah, mmg alamat penuh la rumah dgn bau kucing. Satu hal pulak nak mop. Kalau hujung minggu, biasanya akan mandikan dorg dulu, baru la bagi masuk rumah.
Setakat ni, mak, mak mentua, mak sedara semua tak puas hati sebab kami bela kucing. Dorg bimbang sebab skang ni tgh pregnant, takut effect kat baby.
Sebenarnya mmg risau jugak, tapi sebab tak tahan tgk kucing2 comel dan hyperactive tu....
Yg suka pegang2 kucing ni, my hubby. Kita tgk dan pegang sikit2 je. Apa pun, yg penting kena jaga kebersihan dan berhati2.....
Monday, October 26, 2009
Sunday, July 12, 2009
Dari Kota Bharu
Seminar on dysphagia di Hotel Grandriverview.......
Tersangat lah comprehensive sampai terlelap-lelap dlm hall. Tak tau lah kenapa, tapi asik mengantuk je. Tapi mmg banyak dapat belajar dari Dr Maggie.
Ok.....tak mau cerita pasal seminar.
Nak cerita pasal Kota Bharu. Rasanya kali terakhir pergi KB masa zaman umur 4,5 tahun dulu. Ni dah umur 24 baru nak pergi lagi. Itu pun atas urusan kerja. Kalau tak, mmg takde sebab nak gi sana.
Dari segi makanan, mmg banyak pilihan dan nampak menarik. Tapi mmg bukan selera. Sebab lebih suka pedas2. Jadi bila semuanya manis.....telan jelah.
Sempat juga berjalan2 kat Pasar Siti Khadijah. Rasanya takbersedia nak shopping kot. Jadi pergi jamu mata ja. Pastu jln2 kat Pasar PKB (tak ingat namanya). Ha...kat sini beli tudung. Mmg cantik dan lebih murah dari Pasar Siti Khadijah. Satu lagi ialah Pasar Che Yeh. Malam tu, baru je sampai, hujan lebat pulak. Sempat beli nasi kerabu (best) dgn keropok. Yg sedihnya, mlm tu cirit birit pulak. Bertambah ngantuk lah pada ceramah esoknya.
Satu kenangan yg paling tak best ialah isu flight. Ni mmg tah apa2. Lain kali rasanya tak naik Air Asia dah. Naik MAS lagi bagus. Mahal takpe, yg penting tak teraniaya.
Dah booking flight KB-KL (5pm), KL-Penang (7.45pm). Tiba2 masa kat pasar Che Yeh (betul2 sehari sebelum balik, dapat sms dari Air Asia, nak tangguhkan flight KB-KL ke jam 10pm. Habis tu yg flight KL-Penang nak buat mcm mana? Bila nak call punya la susah. Mesin dia ckp bukan main lama lagi. Tunggu mesin aja habis RM30. Bila dah dapat ckp dgn operator, dia asik tak dengar. "tak dengar la....apa dia....??" Mmg menyampah betul.
Kalau ye pun nak delay flight, mestila ambil kira perjalanan penuh penumpang KB-KL-Penang. Kak Rahimah (SLP Sandakan) lagi kesian, dia terpaksa tidur kat LCCT sementara nak tunggu flight KL-KKinabalu. Disebabkan tak sanggup tunggu lagi, akhirnya naik bas aja. Lagi cepat sampai dari naik flight yg tah apa2 tuh.
Sepatutnya, kalau nak delay flight, mereka kena call, bukannya sms. Pastu, mesti bagitau sekurang2nya sehari sebelum dan masih dalam waktu office hour. (ada ke patut hantar sms pukul 8.30pm? - kita nak call balik pun tak boleh, kena tunggu esok pagi).
Mmg rasa serik.
Wednesday, July 1, 2009
Rasa nak muntah
1) Bau betik
2) Bau peti sejuk (walaupun dlm peti sejuk tu takde apa2 brg yg dah expired)
3) Bau rokok
4) Bau dalam lif (kalau setakat 1@2 tingkat, lebih rela naik tangga)
5) Bau perfume kereta (sentiasa off perfume sebaik saja melangkah ke dlm kereta)
6) Bau minyak masak (minyak sunflower. Nak kena try minyak jagung pulak kot)
7) Bau ikan goreng (Ikan bilis ok lagi)
Sunday, June 21, 2009
Masak....
Rasanya dah 2 minggu lebih dapur tak berasap. Nak mkn nasi, rasa tak lalu. Mkn mee atau roti dlm sekeping dua aja. Yg lain2 mkn pisang, betik, oren, biskut.
Setakat ni berat dah turun 2 kg berbanding sebelum mengandung. Risau jugak, takut baby tak cukup nutrien. Hubby ada belikan susu Anmum Materna. So harap2 ada la nutrien utk baby di samping (folic acid+B complx+ascorbic acid+iron) yg doc bagi.
Cuma sekarang tgh pening fikir bila la nak pindah Sg Petani. Hubby dah kena buat master di USM pulak. Tapi rasanya mmg tak boleh tahan dah berulang alik mcm ni. Nak cari rumah jugak. Kuarters mmg tak dpt2. Ni tgh risik2 rumah kat area Taman Ria. Dkt sikit dgn hosp.
Tapi kalau boleh nak juga rumah yg agak selesa. Sebab nanti nak sediakan bilik utk baby. Yg penting bilik air/toilet dan dapur ok. Rasanya bab harga tu dah jadi no 2. Yg penting selesa dan rasa selamat utk didiami.
Berbalik kepada isu memasak........mmg dari zaman anak dara, mmg takde perasaan bab masak memasak nih. Yg lecehnya, nak kena beli bahan2, buat persiapan bahan2 masak, bila dah siap masak, nak kena kemas dapur, lap meja/dinding, mop lantai. Lepas mkn, nak kena basuh pinggan, pastu kena mandi.
Kadang2 cuba juga utk fikir positif......cuba juga utk fikir betapa menariknya aktiviti memasak.
Jadi org lelaki mmg senang. Lepas mkn, tgk tv, tidur.
Bila dah 2 minggu lebih tak memasak ni, terasa bersalah jugak kat hubby. Ni ada terjumpa satu resepi ikan cencaru bakar belah belakang. Nak try lah utk dinner mlm ni.
Bhn sumbat:
- tumbuk - bawang merah (2), lada (2), garam
- bhn tumbuk + kelapa parut separuh
Ikan:
- sapu serbuk kunyit+garam
Air asam:
- setengah cawan air asam pekat
- setengah bawang besar (potong dadu)
- setengah tomato (dadu)
- cili api (1)
- sikit belacan
- gula+garam
Tuesday, June 2, 2009
Akhil Hayy lagi
Hari ni, hari kau
Oleh Kasdi Ali dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Azizam@hmetro.com.my
IPOH: Penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy secara sinis menyatakan segelintir pihak mungkin berpuas hati dengan keadaan menimpanya berhubung kisah keretakan rumah tangga dan tuntutan cerai isterinya, Maizawati Zainal.
“Pihak yang nak mencabar kredibiliti (saya) sebagai pendakwah, pihak kawan dan lawan, mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Syariah Perak di sini, semalam.
Apapun, menurutnya, semua pihak perlu menunggu keputusan mahkamah.
Namun, dia mengutamakan keadaan kondusif, ketenangan, kedamaian untuk menghadapi sebarang perkara.
Dia turut mengambil kesempatan menyindir tindakan isterinya menghebahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum.
“Selepas ini sesiapa ada masalah bolehlah ke stesen televisyen untuk mengadu dan stesen televisyen boleh menjadi mahkamah kedua,” katanya.
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan kes tuntutan perceraian itu disebut semula pada 15 Julai ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengadakan proses sulh (rundingan) supaya kes dapat diselesaikan secara baik.
Mengenai penangguhan kes itu, Akhil berkata, ia disebabkan dokumen tidak siap dan tuntutan tidak dibuat secara terperinci oleh kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, Akhil, 40, masih menaruh harapan isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.
“Benda ni (kes tuntutan perceraian) ana (saya) nak selesaikan dengan cara paling maaruf (baik),” kata bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh itu.
Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hai turut berkata pelbagai pihak, terutama rakan serta saudara-mara, termasuk di kalangan ahli keluarga Maizawati memberi sokongan moral kepadanya dalam menghadapi kes berkenaan.
Sementara itu, Maizawati yang membawa enam anaknya, termasuk empat hasil perkongsian hidup dengan bekas penyanyi rock itu ke mahkamah, berkata dia tidak ada sebarang masalah untuk bersemuka dan berbincang dengan suaminya bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
“Ini semua ketentuan Allah, selepas ini saya serahkan kepada peguam...kita tengok apa yang berlaku.
“Saya tidak boleh bagi komen, harap semua bersabar dan tengoklah pada 15 Julai nanti (sama ada akan bercerai atau tidak). Saya akan teruskan hidup macam biasa sehingga 15 Julai,” katanya juga enggan mengulas ketika ditanya perasaannya apabila bersemuka dengan Akhil semalam selepas kali terakhir bertemu Februari lalu.
Dia kemudian meninggalkan mahkamah menaiki Proton Gen.2 berwarna jingga bersama semua anaknya.
Sementara itu, Akhil mulanya cuba mengawal dirinya dengan hanya melemparkan senyuman kepada lima daripada enam anaknya ketika berjalan di hadapan mereka sebelum memasuki mahkamah untuk prosiding kes tuntutan perceraian yang difailkan Maizawati, 33.
Dia bagaimanapun tidak dapat lagi membendung naluri kebapaannya apabila mengambil kesempatan memeluk dan mencium anak bongsunya, Muhd Shatiri Hidayatullah, 2, ketika menuju ke kereta selepas berakhir prosiding.
Ketika itu, Muhd Shatiri didukung anggota keluarga Maizawati dan tidak bersama ibu dan lima beradik lain.
Tempoh pelukan dan ciuman kasih sayang selama beberapa saat itu digunakan sepenuhnya Akhil sebelum dengan wajah berat hati meninggalkan Muhd Shatiri.
Ruby: Kalau Akhil bincang elok2 dgn isteri, telefon isteri selalu, ambil tahu tentang anak-anak, mesti Maziawati tak pergi heboh kat media dan Akhil pun tak la terpaksa tanggung malu ni.
Dia yg buat perangai, jadi dia kena tanggunglah akibatnya.
Wednesday, May 27, 2009
Kes hangit Akhil Waheeda
Kronologi Wayang di 1 Utama
# Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.
Ruby: Kalau kawan tak ikut, Waheeda tak sepatutnya pergi jugak. Mmg mengundang fitnah.
# Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM31 pada 12.10 tengah malam.
Ruby: Mmg jelas yg mereka berniat utk dating. Ketika waktu ini, Akhil dah lupa ttg anak dan isteri di rumah. Agaknya bila kali terakhir Akhil menonton tv bersama isteri?
# Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.
Ruby: Bermakna, Waheeda yg dtg jemput Akhil.
# Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.
Ruby: Kalau benar2 letih, kenapa sanggup jemput Akhil, walaupun tanpa teman (Naurah)?
# Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.
Ruby: Kenapa Akhil tak ajak sorg lagi kawan lelaki utk teman dia tgk wayang? Akhil pun pandai pancing juga.
# Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.
Ruby: Eleh, dia lelaki, tau la dia nak naik apa2 pun.
# Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.
Ruby: Mmg sah Waheeda cari pasal. Lelaki mana yg nak tolak tawaran dlm situasi begini?
# Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.
Ruby: Baru tersedar yg rupa2nya mereka tu artis. Nak nyorok bwh kerusi pun dah tak sempat.



